Komuniti NCDP 1Malaysia


Di dalam usaha memantapkan Intervensi Faktor Risiko Penyakit NCD (1 Daerah 1 Intervensi NCD), latihan amat perlu ditekankan bukan hanya kepada kakitangan kesihatan, namun juga kepada NGO dan individu yang berminat supaya mereka dapat menjadi fasilitator dan pelaksanaan aktiviti intervensi di peringkat negeri dan daerah masing-masing.

Kumpulan sasar latihan adalah anggota kesihatan dari pelbagai kategori, anggota dari agensi kerajaan yang lain yang berkaitan seperti dari PBT dan Kementerian Pelajaran, dan lain-lain stakeholders  yang berkaitan seperti NGO (termasuklan persatuan penduduk setempat), AJK Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Persatuan Ibubapa dan Guru dan ahli-ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan dan ahli-ahli Lembaga Pelawat Hospital.