Wednesday 16 November 2011

Selamat Datang ke Blog Komuniti NCDP1 Malaysia

Selamat datang dan tahniaah diucapkan kepada pembaca sekalian. Ini merupakan blog mengenai projek NCP 1Malaysia yang telah dilancarkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Apakah itu NCD? NCD adalah Non Communicable Disease ataupun Penyakit tidak berjangkit. Penyakit penyakit akibat gaya hidup yang tidak sihat seperti penyakit jantung dan diabetes semakin meningkat di Malaysia. Penyakit penyakit ini merupakan pembunuh senyap ataupun bom jangka sekiranya tidak ditangani dengan segera. Penyakit penyakit kronik ini banyak ditentukan oleh gaya hidup yang tidak sihat, tabit meroko dan lain lain.
Beban penyakit NCD menjadikan tanggung jawab perkhidmatan kesihatan bertambah setiap tahun dan melibatkan perbelanjaan yang besar serta meningkat setiap tahun. Di samping menyediakan dan memberikan rawatan rawatan yang sewajarnya, perkara yang paling penting yang perlu diberi keutamaa ialah tanggung jawab membimbing masyarakat supuya dapat memperkasakan diri dan seterusnya bertanggungjawab dalam perjagaan kesihatan diri dan amalan gaya hidup sihat bagi diri sendiri, anggota keluarga dan setrusnya komuniti mereka.
Sehubungan dengan itu, program NCDP yang dijalankan ini bukan hanya melibatkan Kementerian Kesihatan semata mata, namun juga setiap NGO berkaitan dan segenap lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment