Sunday 20 November 2011

'ONE STOP CENTRE FOR HEALTH' Periksa Sendiri Kesihatan Anda di Melaka Bandaraya Bersejarah




sesiapa sahaja boleh menilai tahap kesihatan sendiri

“One Stop Centre for Health”Periksa Sendiri Kesihatan Anda diwujudkan sejajar dengan konsep amalan Promosi Kesihatan di mana kesihatan masyarakat adalah hak dan tanggungjawab anggota masyarakat itu sendiri.

Konsep penubuhan “One Stop Centre for Health” adalah seperti berikut:

a) Memperkasakan (empowerement) individu dan masyarakat setempat di dalam aktiviti penjagaan kesihatan. Mereka akan mengaturkan aktiviti penjagaan kesihatan mereka sendiri seperti melakukan pemeriksaan kesihatan sendiri serta mengesan tahap kesihatan dan membuat tindaksusul serta intervensi dengan di pandu oleh kader-kader di kalangan masyarakat itu sendiri yang telah di latih oleh anggota kesihatan. Ianya berhasrat untuk mengujudkan satu amalan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.

b) “One Stop Centre for Health”, Periksa Sendiri Kesihatan Anda ini akan di sediakan berhampiran dengan masyarakat bagi memudahkan kecapaian (accessibility) kepada kemudahan tersebut dalam menjalankan aktiviti saringan dan pemantauan taraf kesihatan secara kendiri.

“One Stop Centre for Health”, Periksa Sendiri Kesihatan Anda diwujudkan di tiga tempat/setting utama mengikut tiga kumpulan sasaran:

i. penduduk kampung/komuniti (di Japerun atau balai raya)
ii. kakitangan awam(di pejabat)
iii. kakitangan sekolah serta pelajar sekolah (di sekolah).

Di antara objektif penubuhan “One Stop Centre for Health”,Periksa Sendiri Kesihatan Anda ialah:

a) Memperluaskan liputan saringan faktor risiko penyakit tidak berjangkit bagi pengesanan awal penyakit.
b) Melaksanakan intervensi faktor penyakit tidak berjangkit di kalangan masyarakat yang berisiko
c) Membudayakan amalan cara hidup sihat di kalangan masyarakat.

Di setiap setting akan disediakan manual pelaksanaan program bagi memudahkan masyarakat untuk menilai tahap kesihatan mereka menggunakan kemudahan-kemudahan yang sering kita dapati di klinik-klinik kesihatan. Kemudahan-kemudahan seperti pemeriksaan tekanan darah tinggi, kandungan gula dalam darah, berat badan dan BMI serta pengukuran ukur lilit pinggang disediakan di setiap setting dan akan dilaksanakan sendiri oleh masyarakat.

Manual ini membolehkan anda mengetahui 4 faktor risiko yang utama yang menjadi penyebab kepada penyakit kronik atau NCD iaitu gaya hidup sedenteri atau kurang/tanpa aktiviti fizikal, amalan pemakanan yang tidak sihat, gangguan stress serta merokok.


Bagaimana Untuk Menyertai Program Ini?

Sebagai klien, anda yang hadir ke One Stop Centre for Health Periksa Sendiri Kesihatan Anda akan datang dari pelbagai saluran iaitu kedatangan terus, rujukan dari kem-kem kesihatan serta rujukan dari klinik kesihatan atau hospital di sekitar Melaka.
Seterusnya anda perlu mengikut Carta Alir One Stop Centre for Health Periksa Sendiri Kesihatan Anda seperti berikut:

1. Daftar diri anda didalam buku daftar.
2. Buat pemeriksaan secara kendiri dengan panduan yang disediakan.
3. Catat hasil pemeriksaan ke dalam buku diari rekod kesihatan dan ke dalam sistem komputer.
4. Ketahui status kesihatan anda dengan panduan yang diberikan.
5. Dapatkan info kesihatan yang berkaitan.
6. Teliti cadangan ringkasan intervensi yang anda perlu lakukan.
7. Buat keputusan untuk mengubah diri.
8. Jika anda setuju, jalankan intervensi khusus untuk mengatasi faktor risiko yang anda hadapi serta jalani pemeriksaan ulangan.
9. Jika anda tidak setuju, sila ambil tarikh temujanji dan fikirkan faktor risiko yang anda hadapi serta buat keputusan dengan segera.

SILA KLIK DISINI UNTUK MELIHAT FLOW CHART SERTA MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN ONE STOP CENTRE FOR HEALTH PERIKSA SENDIRI KESIHATAN ANDA NEGERI MELAKA


Jadi..apa tunggu lagi! Mari sertai Sekarang!
Andalah penentu kesihatan anda sendiri dan anda mampu merubahnya!

No comments:

Post a Comment