Wednesday 4 January 2012

2012 : Permulaan Baru Untuk Gaya Hidup Sihat Melalui One Stop Centre for Health Periksa Sendiri Kesihatan Anda

Tahun Baru 2012 telah pun bermula. Mulakan tahun baru anda dengan semangat dan azam baru terutama dari segi kesihatan! Tahniah diucapkan kepada semua peserta/client One Stop Centre for Health Periksa Sendiri Kesihatan Anda di seluruh negeri Melaka yang telah berjaya mengikuti program dengan jayanya selama tempoh 6 bulan dan berjaya menurunkan berat badan!Tahniah!

Namun, bagi yang belum berjaya jangan berputus asa!Anda masih belum terlambat dan masih berpeluang menurunkan berat badan dan mencapai berat badan yang ideal!!

One Stop Centre for Health Periksa Sendiri Kesihatan Anda di Melaka akan memulakan program penurunan berat badan bagi tahun 2012 di semua centre-centre di seluruh negeri Melaka. Bermula JANUARI 2012 ini boleh menyertai centre-centre kami di seluruh negeri Melaka dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti menarik kami setiap minggu SECARA PERCUMA!

Antara aktiviti-aktiviti yang menanti anda:
1. Senamrobik
2. Futsal
3. 10000 Langkah
4. Demo dan pertandingan Masakan
5. Saringan pemeriksaan kesihatan termasuk timbang berat badan, pemeriksaan paras gula dalam darah, pemeriksaan tekanan darah, ukur lilit pinggang dan pinggul

dan banyak lagi!!!..Kenapa program ini dipanggil Periksa Sendiri Kesihatan Anda? Kerana anda sendiri yang akan memeriksa tahap kesihatan anda dan merancang perjalanan program mengikut keselesaan anda sendiri!!

MEnarik bukan!

JAdi, apa tunggu lagi..daftarkan diri anda segera ke centre-centre berhampiran anda sekarang! dan semua aktiviti adalah PERCUMA!!

Senarai centre-centre untuk One Stop Centre for Health Periksa Sendiri Kesihatan Anda di Melaka.

Daerah Melaka Tengah:
1. Japerun Paya Rumput
2. JAperun Pantai Kundur
3. Japerun Bachang
4. Japerun Sg Udang
5. JAperun Ayer Molek
6. Japerun Semabok
7. Japerun Bukit BAru
8. Balairaya Bukit RAmbai
9. JKK Pulau Gadong
10. IPK Melaka
11. IPK Melaka Tengah
12. Wisma Negeri
13. Wisma Persekutuan
14. Seri Negeri
15. Kementerian Dalam Negeri
16. MAjlis Bandaraya Melaka Bersejarah
17. Ibu Pejabat Bomba
18. Dewan Serbaguna Pantai Peringgit
19. Dewan Serbaguna Taman Merdeka
20. Dewan Seri Rampai Tengkera
21. Air Keroh

Alor Gajah:
1. Kg PAnchor
2. Kg Kelemak
3. Japerun GAdek
4. Japerun Rembia
5. Japerun Lubok China
6. Kg Pulau Sebang Selatan
7. MPAG
8. IPD Alor Gajah
9. Pejabat Daerah Alor Gajah

Jasin:
1. Kg Rim
2. Japerun Serkam
3. Japerun Asahan
4. Balairaya Taman Harmoni
5. Majlis Perbandaran Jasin
6. Pejabat Daerah Jasin
7. IPD Jasin

Monday 28 November 2011

Program Intervensi Mengawal Penyakit NCD Puncak Arabella 2010






Salam NCDP 1Malaysia,

Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini, corak kehidupan masyarakat telah berubah. Tekanan hidup dan amalan kehidupan yang tidak sihat telah menyebabkan terjadinya pelbagai jenis penyakit seperti masalah jantung , darah tinggi dan diabetis. Salah satu punca utama yang menyebabkan penyakit-penyakit tersebut adalah kerana masalah obesiti ataupun kegemukan. Ia merupakan faktor risiko yang menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit kronik lain. Fenomena ini bukan sahaja terjadi kepada dewasa tetapi juga ketara dikalangan remaja dan kanak-kanak.

Penyakit-penyakit akibat gaya hidup sihat seperti penyakit jantung merupakan sebab utama kematian pesakit di hospital kerajaan iaitu 16.1% dari jumlah kematian pada 2009. Manakala pada tahun 2006 sahaja dianggarkan lebih kurang 1.5 juta rakyat Malaysia mengidap penyakit diabetis dan 4.8 juta rakyat malaysia mengidap penyakit darah tinggi.

Penyakit-penyakit kronik ini banyak ditentukan oleh gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam, amalan pemakanan yang tidak sihat, obesiti, tabiat merokok, pengambilan alkohol dan lain-lain lagi. Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) kini telah menganggap beban penyakit NCD telah menjadi satu wabak penyakit diperingkat global yang perlu ditangani dengan segera dan efektif.


Justeru itu Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) telah menghasilkan Pelan Strategik Nasional Bagi Penyakit Tidak Berjangkit atau NSP-NCD bagi menangani beban penyakit NCD secara efektif. Pelan ini dirangka dengan memberi penekanan secara holistik dimana Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) dan komuniti amnya akan mengambil bahagian didalam program ini.

Program Intervensi Penyakit NCD ini akan memberi fokus kepada pencegahan penyakit melalui amalan gaya hidup sihat seperti diet yang sihat, aktiviti fizikal dan kawalan tembakau. Keutamaan program ini ialah tanggungjawab membimbing masyarakat supaya dapat memperkasakan diri dan seterusnya bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan diri dan amalan gaya hidup sihat bagi diri sendiri, anggota keluarga dan seterusnya komuniti mereka.

Bagi merealisasikan objektif utama Intervensi Faktor Risiko Penyakit NCD ( 1 Daerah 1 Intervensi NCD ), Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands dengan kerjasama Ahli Panel Penasihat Kesihatan telah memilih Setting Komuniti "Komuniti Sihat Cergas Ceria" yang telah dilancarkan pada 11 Disember 2010 oleh Y.B. En. Ho Yip Kap, ADUN Tanah Rata bertempat di komuniti Puncak Arabella dengan tema "fight obesity, empower yourself" untuk Fasa I.

Penduduk Cameron Highlands adalah seramai 33,400 orang dengan kebanyakkan penduduknya adalah pekebun dan tahap pendidikan adalah sederhana. Komuniti Puncak Arabella pula adalah berjumlah 1017 orang dengan 300 buah rumah. Pecahan etnik dikawasan ini adalah Melayu 57.0%, India 23.0%, Cina 19.0% dan lain-lain 1.0%.

Pemilihan kawasan perumahan ini adalah berdasarkan kepada konsep 1Malaysia yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai etnik, pekerjaan serta tahap aktiviti fizikal. Selain itu, kawasan ini belum pernah dibuat program saringan kesihatan sebelum ini. Lokasi ini terletak di bandar Tanah Rata yang mana terdapat kemudahan awam seperti sekolah, hospital, jabatan-jabatan kerajaan, kemudahan institusi kewangan, peruncitan, kemudahan awam, tempat beriadah serta jaringan jalanraya yang baik.

Seramai 10 sukarelawan yang telah dilatih membantu membantu menjalankan program tersebut.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa pelancaran tersebut adalah seperti berikut :-
i) Senamrobik
ii) Kaunter Saringan Kesihatan
iii) Pameran Kesihatan
iv) Kaunter Pemeriksaan Gigi
v) Aktiviti Sukan
vi) Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
v) Pakaian Beragam Kanak-Kanak

Jumlah peserta yang berjaya disaring adalah seramai 158 orang dan bilangan peserta yang berfaktor risiko berminat untuk menyertai projek intervensi NCD ( sukarela ) adalah seramai 44 orang.

NCDP 1Malaysia Community - Puncak Arabella Fasa I













Sunday 20 November 2011

'ONE STOP CENTRE FOR HEALTH' Periksa Sendiri Kesihatan Anda di Melaka Bandaraya Bersejarah




sesiapa sahaja boleh menilai tahap kesihatan sendiri

“One Stop Centre for Health”Periksa Sendiri Kesihatan Anda diwujudkan sejajar dengan konsep amalan Promosi Kesihatan di mana kesihatan masyarakat adalah hak dan tanggungjawab anggota masyarakat itu sendiri.

Konsep penubuhan “One Stop Centre for Health” adalah seperti berikut:

a) Memperkasakan (empowerement) individu dan masyarakat setempat di dalam aktiviti penjagaan kesihatan. Mereka akan mengaturkan aktiviti penjagaan kesihatan mereka sendiri seperti melakukan pemeriksaan kesihatan sendiri serta mengesan tahap kesihatan dan membuat tindaksusul serta intervensi dengan di pandu oleh kader-kader di kalangan masyarakat itu sendiri yang telah di latih oleh anggota kesihatan. Ianya berhasrat untuk mengujudkan satu amalan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.

b) “One Stop Centre for Health”, Periksa Sendiri Kesihatan Anda ini akan di sediakan berhampiran dengan masyarakat bagi memudahkan kecapaian (accessibility) kepada kemudahan tersebut dalam menjalankan aktiviti saringan dan pemantauan taraf kesihatan secara kendiri.

“One Stop Centre for Health”, Periksa Sendiri Kesihatan Anda diwujudkan di tiga tempat/setting utama mengikut tiga kumpulan sasaran:

i. penduduk kampung/komuniti (di Japerun atau balai raya)
ii. kakitangan awam(di pejabat)
iii. kakitangan sekolah serta pelajar sekolah (di sekolah).

Di antara objektif penubuhan “One Stop Centre for Health”,Periksa Sendiri Kesihatan Anda ialah:

a) Memperluaskan liputan saringan faktor risiko penyakit tidak berjangkit bagi pengesanan awal penyakit.
b) Melaksanakan intervensi faktor penyakit tidak berjangkit di kalangan masyarakat yang berisiko
c) Membudayakan amalan cara hidup sihat di kalangan masyarakat.

Di setiap setting akan disediakan manual pelaksanaan program bagi memudahkan masyarakat untuk menilai tahap kesihatan mereka menggunakan kemudahan-kemudahan yang sering kita dapati di klinik-klinik kesihatan. Kemudahan-kemudahan seperti pemeriksaan tekanan darah tinggi, kandungan gula dalam darah, berat badan dan BMI serta pengukuran ukur lilit pinggang disediakan di setiap setting dan akan dilaksanakan sendiri oleh masyarakat.

Manual ini membolehkan anda mengetahui 4 faktor risiko yang utama yang menjadi penyebab kepada penyakit kronik atau NCD iaitu gaya hidup sedenteri atau kurang/tanpa aktiviti fizikal, amalan pemakanan yang tidak sihat, gangguan stress serta merokok.


Bagaimana Untuk Menyertai Program Ini?

Sebagai klien, anda yang hadir ke One Stop Centre for Health Periksa Sendiri Kesihatan Anda akan datang dari pelbagai saluran iaitu kedatangan terus, rujukan dari kem-kem kesihatan serta rujukan dari klinik kesihatan atau hospital di sekitar Melaka.
Seterusnya anda perlu mengikut Carta Alir One Stop Centre for Health Periksa Sendiri Kesihatan Anda seperti berikut:

1. Daftar diri anda didalam buku daftar.
2. Buat pemeriksaan secara kendiri dengan panduan yang disediakan.
3. Catat hasil pemeriksaan ke dalam buku diari rekod kesihatan dan ke dalam sistem komputer.
4. Ketahui status kesihatan anda dengan panduan yang diberikan.
5. Dapatkan info kesihatan yang berkaitan.
6. Teliti cadangan ringkasan intervensi yang anda perlu lakukan.
7. Buat keputusan untuk mengubah diri.
8. Jika anda setuju, jalankan intervensi khusus untuk mengatasi faktor risiko yang anda hadapi serta jalani pemeriksaan ulangan.
9. Jika anda tidak setuju, sila ambil tarikh temujanji dan fikirkan faktor risiko yang anda hadapi serta buat keputusan dengan segera.

SILA KLIK DISINI UNTUK MELIHAT FLOW CHART SERTA MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN ONE STOP CENTRE FOR HEALTH PERIKSA SENDIRI KESIHATAN ANDA NEGERI MELAKA


Jadi..apa tunggu lagi! Mari sertai Sekarang!
Andalah penentu kesihatan anda sendiri dan anda mampu merubahnya!

Thursday 17 November 2011

PROGRAM JOM KESAN AWAL DAN CEGAH KANSER PERINGKAT NEGERI MELAKA 2011






Jom sertai Program Jom Kesan Awal dan Cegah Kanser Peringkat Negeri Melaka
dengan kerjasama JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA, Kerajaan Negeri Melaka, National Canser Society Malaysia, LPPKN dan Persatuan Barah Melaka seperti Ketentuan berikut:

1. tarikh : 19/11/2011
tempat : peringkat negeri di Dewan IPG Kampus Perempuan Melayu Durian Daun Melaka
Masa : 8.00 pagi- 3.00 petang
dirasmikan oleh : YAB Datuk Seri Ketua Menteri Melaka

2. tarikh : 26/11/2011
tempat : JAPERUN REMBIA ALOR GAJAH
masa : 8.00-3.00petang
di rasmikan oleh : YB Datuk Norpipah binti Abdul

aktiviti:
1. ceramah pendedahan kanser oleh Persatuan Kanser Kebangsaan
2. taklimat pemakanan sihat berkaitan kanser oleh Chef Florence Tan
3. pertandingan masakan
4. Saringan Kanser yang utama secara PERCUMA, termasuk:
- pemeriksaan pap smear ( pengesanan kanser serviks)
- pemeriksaan sendiri payudara dan saringan untuk mammogram percuma (pengesanan kanser payudara)
- pemeriksaan mulut ( pengesanan kanser mulut)
- pemeriksaan pakar hidung, telinga dan tekak ( pengesanan kanser belakang tekak)

mari sertai dan jadilah rakyat malaysia yang prihatin terhadap kesihatan sendiri.

ketahuilah bahawa kanser payudara, kanser serviks dan kanser nasopharynx adalah kanser yang utama di Malaysia dan semua ini boleh dicegah dengan pengesanan awal!

Jadi, apa tunggu lagi!
Mari sertai sekarang!

untuk menyertai program percuma ini di Alor Gajah sila hubungi :
Dr Eliana Ahmad (UPKS Alor Gajah)
tel :06-5566245/faks: 06 5566249

penyertaan adalah PERCUMA, makanan disediakan, dan hadiah untuk sesiapa yang menjalani saringan!

Wednesday 16 November 2011

Penyakit Jantung


Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

Rujukan:

Projek Intervensi Obesiti SK Tg Karang

Salam..di sini saya ingin berkongsi tentang salah satu projek NCD P 1 Malaysia yang dilaksanakan di Daerah Kuala Selangor. Projek yang dimaksudkan ialah Projek Intervensi Obesiti di kalangan murid Sek Keb Tg Karang.Disertakan gambar sekitar pelaksanaan projek tersebut


sihatkah kita?.... Cegah sebelum terlambat...

Apa yang saya paparkan disini adalah petikan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sempena Hari Diabetes Sedunia.


Bilangan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes terus meningkat setiap tahun. Pada tahun 2006, dianggarkan kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa hidup dengan diabetes. Malangnya keputusan awal Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey atau NHMS) 2011 yang bakal diterbitkan pada bulan Disember 2011 menunjukkan bilangan ini kini telah mencapai lebih 3 juta rakyat Malaysia, hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Apa yang lebih merisaukan Kementerian Kesihatan dan saya sendiri adalah bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi tetapi masih belum diperiksa oleh doktor, iaitu kira-kira 2 juta individu dewasa. Ini menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum melakukan ujian saringan kesihatan secara tetap dan berkala.


Diabetes adalah satu penyakit yang senyap (silent disease) pada peringkat awal. Saya ingin menekankan bahawa majoriti individu dengan diabetes tidak mengalami sebarang gejala, kadang-kala sehingga 7-10 tahun dari penyakit mula terjadi. Namun begitu, jika individu tersebut menjalani ujian saringan kesihatan secara tetap, keputusan gula dalam darah yang tinggi mampu dikesan dari tahun pertama penyakit diabetes bermula. Jika diabetes dibiarkan berlanjutan tanpa dikesan, penyakit ini lebih sukar untuk dikawal dan risiko komplikasi diabetes seperti kebutaan, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan mati pucuk adalah tinggi.


Selaras dengan tema Hari Diabetes Sedunia di peringkat global, “Act on Diabetes Now”, iaitu “Cegah Diabetes: Bertindaklah Sekarang”, saya ingin menasihati semua rakyat Malaysia mengenai faktor-faktor risiko utama diabetes:

  • Mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap diabetes
  • Berlebihan berat badan atau obes (BMI >23.0 kg/m2)
  • Menghidap hipertensi
  • Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi
  • Gaya hidup yang sedentari atau tidak aktif
  • Bagi wanita yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung (atau gestational diabetes)
Sekali lagi, saya ingin menyarankan semua rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun dan ke atas untuk menjalani ujian saringan faktor risiko NCD (non-communicable disease atau penyakit tidak berjangkit) setiap tahun. Ujian saringan asas ini merangkumi pemeriksaan tekanan darah, aras gula dan kolesterol dalam darah, pemeriksaan BMI (body mass index) dan ukurlilit pinggang. Namun begitu, jika anda mempunyai sebarang faktor risiko di atas, maka anda perlu mula menjalani ujian saringan seawal umur 20 tahun.


Perkhidmatan saringan bagi faktor risiko NCD untuk individu-individu yang sihat terdapat di semua klinik-klinik kesihatan kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia. Selain dari itu, perkhidmatan saringan turut ditawarkan semasa kebanyakan majlis atau program di dalam komuniti anjuran Kementerian Kesihatan, lain-lain Agensi Kerajaan dan juga pihak swasta.


Dalam pada itu, tahap penjagaan penyakit bagi mereka yang telah disahkan mengidap diabetes dan penyakit NCD yang lain juga tidak memuaskan. Data Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa bagi penghidap diabetes yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan KKM, dianggarkan kira-kira hanya satu dari lima pesakit mencapai sasaran gula dalam darah yang baik (keputusan ujian HbA1c kurang dari 6.5%); dua dari lima pesakit mencapai sasaran tekanan darah yang optimum; satu dari empat pesakit mencapai sasaran tahap kolesterol yang baik; dan hanya satu dari enam pesakit berada di tahap BMI yang ideal. Penghidap diabetes yang mendapatkan rawatan perlu mencapai sasaran kawalan yang baik bagi mengurangkan risiko kejadian komplikasi akibat diabetes seperti gangrene dan amputasi, septicaemia dan kegagalan buah pinggang. Selain dari memakan ubat atau menggunakan insulin mengikut nasihat doktor, semua penghidap diabetes perlu mempelajari dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sesuai mengikut tahap penyakit yang dihadapi serta mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.


Tanggungjawab melindungi kesihatan anda dan keluarga anda terletak di tangan anda sendiri. Bertindaklah sekarang.


DATO’ SRI DR HASAN BIN ABDUL RAHMAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Jadi, di manakah tahap kesihatan kita semua. Moh ler kite sama-sama pi check. =)